7 AMALAN PEMBUKA REZEKI YANG MUSTAJAB | Assalamualaikum kepada semua followers Semuanya HAMBA, Artikel pada kali ini adalah berjudul 7 AMALAN PEMBUKA REZEKI YANG MUSTAJAB. Semoga isi kandungan yang kami tulis ini dapat anda fahami dan memberi manfaat kepada anda semua. Selamat membaca.

7 AMALAN PEMBUKA REZEKI YANG MUSTAJAB


  • Rezeki Allah itu luas…

    • Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
  • Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki? Amalkan 7 zikir di bawah:

    • 1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

      • Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

        Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
    • 2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

      • Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

        Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
    • 3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim

      • Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

        Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
    • 4. Membaca Surah Al-Ikhlas

      • Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)
    • 5. Membaca Surah Al-Waqi'ah

      • Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
    • 6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

      • Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

        (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
    • 7. Melazimkan beristighfar

      • Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
    • Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:

      • Ya Allah,
        Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
        Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

        Ya Allah,
        Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
        Jika ada di bumi maka keluarkanlah
        Jika jauh maka dekatkanlah
        Jika dekat maka mudahkanlah
        Jika sedikit maka banyakkanlah
        Jika banyak maka berkatilah
        Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

        Ya Allah,
        Kabulkanlah doa kami
        Amin Ya Robbal ‘Alamin.
      • SUMBER: SAYS


    Kami berharap agar artikel 7 AMALAN PEMBUKA REZEKI YANG MUSTAJAB ini dapat memberi manfaat untuk kita semua. Bak kata pepatah,"MEMBACA JAMBATAN ILMU".

    Baca juga


    0 Response to "7 AMALAN PEMBUKA REZEKI YANG MUSTAJAB"

    Post a Comment

    LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close